Friday, May 14, 2010

Hari ni tak ada mood..?? dengar Petua Untuk Ceria

 .


Senyum kunci kecerian..sbb org tgk kite...org lain pon bole senyum.....kalo gelak, org lain akan ikut gelak jugak ke. hahaha...kalo gelak bertempat xpe...nnti org kata kita x betul pulak...

Oleh itu kawan2..pagi jumaat yg baik nih marilah kita memantapkan keceriaan kita....

Smile...(",)

  
Click disini untuk :

tips 1 

tips 2

tips 3

tips 4

tips 5

tips 6

tips 7

tips 8

tips 9

tips 10

tips 11

tips 12

Friday, March 12, 2010

Siput Sedut Masak Kicap

Bahan-Bahan:
1. 1kg siput sedut, potong ekornya dan dibersihkan
2. 2 biji telur ayam
3. 5 biji bawang merah
4. 5 biji bawang putih
5. setengah inci halia
6. kicap pekat
7. garam, serbuk perisa dan gula
8. minyak untuk menumis
Cara:
bawang merah, putih dan halia ditumbuk kasar. telur dipukul sehingga kembang kemudian ketepikan.

panaskan minyak, tumis bawang dan halia yang telah ditumbuk kasar. setelah naik bau masukkan siput sedut yang telah dibersihkan dan dipotong ekornya, gaul sehingga rata dan air dari siput sedut keluar perlahan-lahan. setelah itu, masukkan kicap pekat 3-4 camca (anggaran sehingga tidak kelihatan pucat)gaul sebati. masukkan bahan perisa secukup rasa gaul dan masak sehingga kuah kicap bertambah pekat. setelah kelihatan hampir-hampir pekat masukkan telur yang telah dipukul dan gaul sehingga sebati sehingga adunan telur kelihatan melekat pada kulit siput tadi.

apabila masakan hampir-hampir kering angkat dan hidangkan.
Cadangan Hidangan:
sesuai dimakan untuk hidangan malam bersama nasi putih bersama keluarga

Thursday, January 28, 2010

MARI MEMASAK (Siakap Tiga Rasa)

Nih resipi turun temurun...best kot tiga rase nih..lagi2 ikan yg kita pancing sndri...besarrr punyee..!!

Haaa....resipi nih mmg sesuai untuk hidangan waktu mlm....gan org tersayang lak tu...then...test power la resipi nih...






BAHAN-BAHAN:-

2 ekor ikan cermin@ lain2 jenis ikan
2 ulas bawang besar-dicincang halus
3 ulas bawang putih-dicincang halus
2 cm halia-dicincang halus
2@3 biji lada besar-dicincang halus
sekeping nenas-dipotong dadu(kecil2)
1 sudu makan cili boh
2 sudu makan sos tiram
5 sudu makan sos cili
2 sudu makan sos tomato
Garam,gula,ajinomoto secukup rasa
Daun ketumbar-utk hiasan(kat yanbu tkder tkyah letak)
Minyak utk menumis

CARA-CARA:-

-Ikan dibasuh dan di sapu dgn garam.Goreng sedikit garing-ketepikan.
-Tumis bahan cincang sehingga wangi kekuningan.Masukkan cili boh,sos tiram,sos cili dan sos tomato.
-Kemudian masukkan garam,gula dan serbuk perasa.Kacau sekejap kemudian angkat.
-Tuang keatas ikan yg telah digoreng td.
-Hias dengan hirisan bawang dan daun ketumbar.

Friday, January 22, 2010

Mari Memasak (Lamb Chop)

hai,pagi jumaat yg hening nih....rase cm nk makan western food la tgh ari nie...hehehe...
rase nye lamb chop paling best..then chicken chop...ayam muak la..k kwn2 kalo rajin nk try menu nih kt umah..
nih abg ayie dh sedia kan step nk masak lamb chop nie...try la weh...kalo xsedap pon korang yg masak korg yg makan..hahhaha...k beb all da best....selamat mencuba.......


Bahan-Bahan:


Utk perap daging:
10 keping daging kambing(slices )
setongkol halia <> 10 cm(ditumbuk halus)
3 sudu kecil lada hitam(ditumbuk halus)
kicap manis
selabu bawang putih(ditumbuk halus)
3 sudu osyter sauce
Garam dan gula secukup rasa

 

Utk Gravy:(Black pepper gravy)
1 Liter susu segar
2 sudu besar tepung jagung( utk pekatkan kuah)
3 sudu besar Lada hitam (ditumbuk halus)
3 sudu besar tomato sos atau cuka (1 sudu kecil)
Kicap manis
Butter( 2 sudu besar)
Kiub daging lembu ( 2 ketul)  



Cara:

Daging yg diperap:
1.)Gaulkan kesemua bahan diatas dan perap selama 2 jam.
2.) Untuk memasang, gunakan sedikit minyak atau kuali non stick .
3.)Masak sehingga daging empuk.Jgn teerllau lama , kerana jika overcook , daging akan keras. 


 Utk gravy:
1.) Panaskan butter. Setelah cair masukkan semua bahan yang lain dan tunggu sehingga mendidih.Setelah mendidih, angkat dan sedia utk digunakan. 


Tambahan:

Sukatan gravy diatas adalah utk 20 keping daging.  




   



Tuesday, January 19, 2010

I got feeling.....

hye dude....nie adalah blog yg pertama sy post....ptt kene buat party utk mlm nie..hahaha...
korang mesti penah dengar lagu black eyed peas nie kan....best gile kot....1st tgk kt mtv mmg syok...kan best kalo ble buat party cmtu..party everyday....hahha..k beb....enjoy the clip....```